Saturday, February 20, 2016

Dividen Tabung Haji 2015 pembayaran pada tahun 2016

Salam semua pembaca,

Dividen tabung haji yang terbaru telah pun diumumkan pada 4 Februari 2016 iaitu sebanyak 5% (dividen) dan 3% (bonus kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan haji). Dividen ini telah diambil kira berdasarkan keuntungan yang diperolehi pada tahun 2015. Mari kita mengkaji sejarah dividen sepanjang 5 tahun sebelumnya...

2010- Div 5.5 , Bonus 0
2011- Div 6, Bonus 0
2012- Div 6.5, Bonus 1.5
2013- Div 6.0 Bonus 2
2014- Div 6.25 Bonus 2
2015- Div 5, Bonus 3....

Sejarah dividen & bonus ada pasang surutnya namun bersyukur dengan apa yang diperolehi..

Selamat membaca


Apa itu Cashback?

Apa itu Cashback?

Hello pembaca semua..okay menuju ke topik di atas, apa itu cashback?

Cashback atau BalikTunai(dalam bahasa melayu) adalah keadaan di mana kita menerima kembali duit tunai apabila melakukan sesuatu transaksi (sama ada kita bershopping,bayar bil,booking hotel/Tiket,etc). Tidak kira ape jenis transaksi sekalipun, jika ada tawaran cashback, maka kita akan dapat cashback.

Cashback ini biasanya diperolehi daripada pengunaan kad kredit. Jadi sesiapa yang belum mempunyai kad kredit, silalah berbuat demikian untuk mendapatkan cashback ye. Berkenaan dengan tawaran cashback yang dibuat oleh bank-bank yang mengeluarkan kad kredit ada bermacam-macam jenis tawaran: tetapi yang ini tak perlulah saya memberikan penjelasan. Sebaliknya anda perlu mengkaji sendiri untuk mendapatkan tawaran yang terbaik.

Bagaimana pengiraan cashback?

Contohnya: Kad kredit AA memberikan cashback sebanyak 5% jika anda menggunakannya. Maka Halim(bukan nama sebenar) membeli barang berjumlah RM50 menggunakan kad kredit AA.Berapakah cashback yang beliau perolehi?Maka Pengiraan nya adalah:

RM50 x 5% = RM2.50 ***

RM2.50 ialah jumlah cashback yang beliau perolehi..

Bagus bukan dengan cashback ini?Ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mendapatkan pendapatan tambahan.

Apakah pandangan saya tentang cashback ini?

Pada pandangan saya, cashback ini menguntungkan antara tiga pihak iaitu pengguna/penjual/bank. Pengguna dapat memperolehi pendapatan tambahan dengan adanya cashback. Penjual pula dapat menjana keuntungan daripada jualan barangan mereka. Bank pula mesti untung berdasarkan caj yang dikenakan kepada penjual (dan juga interest yang dikenakan pada pengguna yang lambat bayar hutang dari tempoh yang ditetapkan...hehehe)

Jadi kesimpulannya, pengguna mestilah bijak apabila berbelanja.Pengguna yang bijak ialah apabila mereka yang dapat membeli barang pada harga yang rendah tapi pada masa yang sama memperolehi cashback(Ini pun pada pandangan saya je ye)..


Okay, selamat mencuba & berjaya!

Selamat membaca jugak!!! =)


PS: nantikan topik yang ada kena mengena dengan cashback ini....akan datang....




Sunday, February 7, 2016

Dividen KWSP 2015 ialah 6.4%

Hi pembaca blog!

Seperti yang sedia maklum dividen ASB dan Tabung haji pada tahun 2015 sudah diumumkan.

-Dividen tabung haji yang diumumkan pada 29 Disember 2015 iaitu 7.25sen dan bonus 0.5 sen
-Dividen Tabung haji pula diumumkan pada 4 Februari 2016 iaitu 5 sen dan bonus 3 sen.
-Dividen KWSP pula sudah diumumkan 21 Februari 2016 sebanyak 6.4&

Sementara itu, mari kita lihat sejarah pencapaian dividen KWSP bermula 2010 hingga 2014:

2010 (5.80%), 2011(6%), 2012(6.15%), 2013(6.35%), 2014(6.75%)

Sekian,