Friday, January 31, 2014

HUKUM BERMAIN ATAU MELABUR FOREX

Didalam topik ini, mungkin ramai sudah mengenali forex atau (Foreign Exchange). Pada yang masih belum mengenali forex, Forex adalah Penukaran mata wang asing. Dalam konsep pemahaman paling mudah, jika kita menukar duit ringgit malaysia kepada duit us dollar di kedai pengurup wang (Situasi ini selalunya jika anda mahu pergi ke luar negara), aktiviti itu dipanggil forex.

Kembali kepada tajuk utama, iaitu hukum pelaburan forex. Ramai org melabur didalam forex, baik melakukan sendiri trading forex ataupun melabur didalam syarikat yang melakukan perdagangan forex. Terdapat beberapa pernyataan yang menyatakan hukum forex.

1) Dari majlis fatwa kebangsaan, yang menyatakan hukumnya haram..Penjelasannya terdapat di sini

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-perdagangan-pertukaran-matawang-asing-oleh-individu-secara-lani-individual-sp

2) Penjelasan daripada pendakwah ekonomi islam iaitu Ustaz Zaharuddin yang menyatakan hukumnya boleh jadi berubah-ubah (halal atau haram)..penjelasan panjang lebar terdapat di didalam youtube ustaz..

http://www.youtube.com/watch?v=Z9ngYs1J5zw

Apa-apapun sebelum anda mahu mengetahui forex, anda kena mengetahui tentang kata-kata kunci yang biasa digunakan dalam forex iaitu:

1) Leverage (Gandaan)
2) Qabd (akad dalam jual/beli)

Jadi,kajilah dahulu tentang forex sebelum anda rasa mahu melabur didalamnya..

Selamat menuntut ilmu =)

Pelaburan Perak 2014

Salam 1 Malaysia...Gong Xi Fa Cai untuk kaum Cina sempena  Hari Raya Cina pada hari ini!

Topik hari ini membincangkan tentang pelaburan perak. Selain pelaburan emas, pelaburan perak juga sangat menguntungkan. Konsep perak sama dengan emas, ianya anti-inflasi,tidak boleh dicetak(seperti wang), nilainya menjadi sangat tinggi dan menguntungkan. Tetapi ada satu sebab mengapa perak lebih bagus daripada perak iaitu keuntungannya yang berlipat kali ganda. Jika keuntungan emas 30%-40%setahun(ya memang betul untungnya begitu!), tetapi perak hebat lagi,keuntungannya sehingga 100%(what!!!,ia memang betul!!!). Jadi tunggu ape lagi,belilah perak untuk simpanan masa depan...Perak tidak akan merugikan anda..

Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpan lah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk digunakan.”

 Nasihat saya,melaburlah dalam emas dan perak,ia mampu membantu anda di masa depan

Tuesday, January 28, 2014

Pelaburan Emas 2014

Salam sejahtera,

Setelah beberapa hari tidak menaip,barulah hari ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog ini..Topik kali ini adalah pelaburan emas..Sebelum saya memulakan cerita,saya mahu berkongsi dengan anda tentang petikan ini dari blog lain..

(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Ini bermaksud sejak dari zaman Rasulullah S.A.W emas telah diguna pakai dalam perniagaan dan memang ada perkataan emas di dalam Al-quran..Ini bermakna, emas (dan perak) akan kekal sebagai mata wang asli sehingga ke hari kiamat. Duit kertas pun belum tentu menandingi kehebatan emas dan perak. Pelaburan emas semakin meningkat sejak akhir2 ini kerana orang ramai sudah sedar akan kekuatan emas sebagai aset simpanan dan pelaburan untuk masa akan datang. Ini kerana EMAS TIDAK AKAN TERGANGGU KETIKA ZAMAN INFLASI dan nilai nya akan kekal sehingga bila-bila..Terdapat banyak blog-blog lain yang akan menerangkan lebih lanjut tentang pelaburan emas. Blog saya ini hanyalah ingin menyedarkan orang-orang kita tentang kepentingan menyimpan emas kerana NEGERI CHINA SUDAH LAMA MENYIMPAN EMAS YANG SEMAKIN BERTAMBAH .,Mereka menyedari akan keperluan emas suatu hari nanti. Sebab itulah negeri china menjadi kuasa ekonomi yang baru mengatasi amerika dan eropah. Biarlah kita membayar zakat apabila cukup haul menyimpan emas kerana ia pasti membawa berkat. Yang pastinya, inilah mata wang sebenarnya yang sepatut diguna pakai kerana sudah termaktub didalam al-quran dan semestinya akan diberkati Allah s.w.t....

Sekian,

Semoga anda dirahmati

Tuesday, January 21, 2014

Six Tips on Save Your Car Fuel

1. Lighten the load: The more weight in your car, the more fuel it will burn. Lighten the load by removing anything you don't need.
2. Reduce your speed: Take it a bit slower on the motorway, you'll save on fuel and also speeding tickets.
3. Keep it steady: It takes more fuel to get a car moving than to keep it moving.
4. Inflate your tyres: Under-inflated tyres add rolling resistance, thus burning more fuel. Check your tyre pressure constantly to make sure it's at the recomended level.
5. Replace your air filter: A clogged air filter restricts the air flowing into your engine, hindering performance. Replace your air filter and add up to 10% more fuel efficiency to your car.
6. Give your engine a tune-up: Not only will a tune-up keep your car running in tip-top shape, it can also increase your fuel efficiency between 4% to 40%.

Monday, January 20, 2014

Dividen Saham Bank Rakyat

Ada yang melabur dalam saham bank rakyat tak? Kalau ada,anda memang bertuah kerana berkesempatan melabur dalam saham bank rakyat walaupun hanya RM500. Ini kerana pembukaan untuk melabur dalam saham bank rakyat jarang2 dibuka kepada orang ramai dan hanya dibuka senyap2 tanpa pengetahuan orang ramai.Saham bank rakyat memang terkenal dengan jumlah dividen nya yang tinggi. Pada tahun 2013, pengumuman dividen saham tahun berakhir 2012 adalah sebanyak 18 peratus! turun 2% pada tahun sebelumnya(tahun 2011,dividen 20%!)..Banyak bukan jika nak dibandingkan dengan unit amanah lain (ASB,AHB,tabung haji dan lain-lain). Makanya jika anda jumpa peluang melabur di saham bank rakyat,jangan lepaskan peluang! Melabur terus sebanyak mungkin!.


Selamat Maju Jaya!!

Sunday, January 19, 2014

Dividen KWSP atau EPF

Dividen KWSP atau EPF(in english) pada tahun 2013 akan diketahui hanya pada bulan Februari 2014. Apa-apa pun, mari kita lihat dahulu jumlah dividen 2012 yang sudah diberi pada tahun 2013 bulan Februari.

Dividen tahun 2012 adalah sebanyak 6.15%, naik 0.15% berbanding tahun 2011 iaitu hanya 6.00%. walaubagaimanapun, kita@rakyat Malaysia tidak boleh mengeluarkan wang dividen ini jika belum cukup umur 55tahun. Makanya kita hanya boleh tengok je lah duit dividen itu tersimpan didalam akaun KWSP sampai umur kita 55tahun. Apa-apa pun, kita mestilah ambil tahu juga pasal dividen KWSP ni, adalah perasaan lega bila sebahagian duit gaji kita yang dicarum didalam KWSP menunjukkan pelaburan yang bagus. Untuk simpanan hari tua, bak kata orang ramai.

Friday, January 17, 2014

Dividen AHB

Dividen AHB (Amanah Hartanah Bumiputera) akan berlaku dua kali setahun. Pemberian akan diberikan sekali pada bulan Mac dan sekali lagi pada bulan Oktober. Apa yang bagus ialah dividen ini patuh syariah dan zakat pelabur akan dibayar oleh pihak pengurusan AHB. Dividen ini juga sebenarnya lebih menguntungkan dari ASB kerana nilai dividen nya lebih tinggi. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana perbezaannya terdapat pada zakat. Ok, saya jelaskan lebih lanjut. Kita amik contoh tahun 2013.

Pada tahun 2013, dividen AHB adalah 7.5%(3.25%pada Mac+3.25%pada Oktober+ Bonus 1%) manakala dividen ASB adalah 8.7%(7.7%+Bonus 1%). Walaubagaimanapun dividen AHB sudah dizakatkan (maknanya 7.5% adalah nilai selepas dizakatkan) manakala dividen ASB belum dizakatkan. Maknanya di sini dividen sebenar ASB setelah dizakatkan ialah 8.7% - 2.5%(nilai zakat pendapatan) = 6.2%. Jadi dividen AHB 7.5% dan dividen ASB 6.2% mana yang lebih tinggi?..anda tentu boleh menilaikannya. Mengapa dividen ASB tidak dizakatkan? ini kerana hukumnya tidak jelas atau dipanggil "khilaf" (sesetengah fatwa kata harus,setengah lagi kata haram)..untuk penjelasan lanjut anda boleh dapati di laman blog2 lain yang membincangkan perkara ini.

Untuk menjadi pelabur yang bijak, cuba banyakkan melabur di tempat2 yang lain supaya kita dapat mendapat banyak passive income di waktu2 yang berbeza.

SELAMAT MAJU JAYA

Wednesday, January 15, 2014

How to Prevent Water Wastage

These are a number of ways to save water and they all start with you!
1.Turn off tap while cleaning your teeth,shaving or washing your face. You can waste up to 9 litres a minute by just letting the water pour down the sink.
2.Clean sidewalks and driveways with a broom,not the water hose.
3.Only using the washing machine when you can put on a full load. It wastes both water and energy to run only a half full machine.
4.Fit water saving device in your cistern to save when flushing, this can save you 3 litres a flush.
5.Think before you throwing used water down the drain, eg: water in a pan after cooking, this could be reused for watering plants around the house when cooled down, or in the garden.
6.Fix leaking pipes and faucets immediately.
7.Check your water bill to monitor your family's water consumption. If your consumption is more then the average, re-look your family's water usage habits.
8.Collect rainwater for re-using on the garden or washing the car.
9.Water gardens only early in the morning or later in the evening when temperatures are cooler and use a shut-off nozzle on your hose.
10.Wash vegetables and dishes in filled sink instead of under a running tap.

Monday, January 13, 2014

Cara Pengiraan Dividen dan Bonus ASB

Salam 1 Malaysia..

Memang terdapat berbagai cara untuk mengira dividen dan bonus ASB..Tetapi kadang2 terlalu banyak ayat dan nombor memeningkan dan mengelirukan kita...

Jadi untuk pembaca semua, ini adalah penjelasan mudah tentang pengiraan dividen dan bonus ASB..Begini caranya..

CARA PENGIRAAN DIVIDEN

DIVIDEN BULANAN= jumlah baki terendah bulanan x dividen
                                                                      12                                          

CONTOH DIVIDEN BULANAN = RM5000 x 0.077 --------> (0.077 atau 7.7%)
                                                                         12                                                      

                                                        = RM 32.08



DIVIDEN TAHUNAN = (1ST DIVIDEN BULANAN + 2ND DIVIDEN BULANAN +...TAMBAH
                                           HINGGA KE......12TH DIVIDEN BULANAN)


CONTOH DIVIDEN TAHUNAN = RM32.08 + RM37.15 + RM 38 + RM40 + RM43.88 +
                                                           RM 45.09 + RM47.11 + RM50.11 + RM52.70 +RM53.44
                                                          + RM54.30 + RM55.24

                                                       = RM549.10



CARA PENGIRAAN BONUS

BONUS BULANAN= jumlah baki terendah bulanan x bonus
                                             120


CONTOH BONUS = RM5000 X 0.01
                                             120

                                = RM0.42 sen


BONUS AKAN DIKIRA DARI BULAN PERTAMA ANDA MENYIMPAN SEHINGGA BULAN TERKINI SIMPANAN.

Contoh sudah 10 tahun anda menyimpan. 10 tahun bermakna 120 bulan anda menyimpan..Jadi....

JUMLAH BONUS= 1ST BONUS BULANAN + 2ND BONUS BULANAN + .....TAMBAH
                                   SEHINGGA + 120TH BONUS BULANAN


CONTOH BONUS= ANDA KIRALAH SENDIRI YE...bayangkan nk mengira dari bulan pertama hingga bulan ke-120...mesti pening kan?


Jadi itulah sahaja cara2 pengiraan asb..Selamat mencuba!










Saturday, January 11, 2014

Toyota vios radio original for sale

Hi & Salam to all readers..

I also sells my things in my blog.. For this topic, I'm selling my original Toyota Vios radio that come from my own toyota vios car..This radio is for Toyota year 2012 spec..Its original & easy to assemble..just plug & play!!..The price is RM500 only!..Interested,dont hesitate to contact thru my blog..Last but not least,Im only selling for Malaysian only..Thank you..


Thursday, January 9, 2014

Dividen Tabung Haji 2014

Salam 1 Malaysia..

Kalau mengikut pengiraan, dividen Tabung haji tahun 2014 akan diketahui pada bulan hadapan bersamaan bulan Februari 2014..Ini kerana pengumuman dividen tabung haji 2013 adalah pada 8 Februari yang lepas...Tahun lepas jumlah dividen + campur bonus adalah pada 8.00sen...Ini iaitu 6.5% dividen dan 1.5% bonus...jadi sama2 lah kita tunggu pengumuman dividen pada tahun ini yer..

Wednesday, January 8, 2014

DIVIDEN ASB TAHUN 2013 (8.7%)

SALAM 1 MALAYSIA....

Maka dengan ini dimaklumkan dividen bagi tahun berakhir 2013 berjumlah 8.7%...Ini iaitu dividen bersih 7.7sen seunit dan dicampur dengan bonus 1 sen seunit....Walaubagaimanapun, dividen ini menunjukkan penurunan berbanding 8.90sen pada tahun 2012...Tetapi usah risau, dividen ini masih tinggi dan bukanlah yg terendah berbanding tahun2 sebelum nya.....

Kepada pelabur ASB,jangan lupa update buku ASB anda untuk mengetahui berapa banyak dividen yang dapat....Jangan pergi update buku asb awal sebab dikhuatiri masih ramai org yang beratur panjang untuk mengupdate buku ASB....Bersabar dan cari masa yang sesuai ye...sabar itu indah....

Selamat Maju Jaya =)


Tuesday, January 7, 2014

Bagaimana hendak menukar had pengeluaran wang di mesin atm?

Salam 1 Malaysia,

Sempena pembukaan Tahun baru 2014, saya akan berkongsi ilmu dengan pembaca tentang bagaimana hendak menukar had pengeluaran wang untuk mesin atm di Malaysia.....Biasanya jika anda tidak pernah buat,mungkin setting itu akan di standardkan kepada rm1000 atau rm2000 sahaja.....Anda boleh menukar had pengeluaran kepada rm3000,rm4000 atau maksimum rm5000.......Caranya?..Haa begini.....

1) Masukkan kad anda di mesin atm
2) Tekan password anda
3) Apabila keluar menu, pilih segmen `LAIN-LAIN
4) di segmen LAIN-LAIN`, seterusnya akan keluar segmen PENUKARAN HAD PENGELUARAN...Pilih kolum itu...
5) Di kolum tersebut, anda boleh menukar pengeluaran ikut kesukaan anda..maksimum ialah rm5000..
6) Masukkan IC anda dan no telefon (jika diminta) untuk pengesahan...
7) Selepas itu,selesaii!!


Pergilah ke atm berdekatan untuk try, selamat mencuba!!


disclaimer : untuk mesin2 atm di Malaysia sahaja...