Salam 1 Malaysia..
Memang terdapat berbagai cara untuk mengira dividen dan bonus ASB..Tetapi kadang2 terlalu banyak ayat dan nombor memeningkan dan mengelirukan kita...
Jadi untuk pembaca semua, ini adalah penjelasan mudah tentang pengiraan dividen dan bonus ASB..Begini caranya..
CARA PENGIRAAN DIVIDEN
DIVIDEN BULANAN= jumlah baki terendah bulanan x dividen
12
CONTOH DIVIDEN BULANAN = RM5000 x 0.077 --------> (0.077 atau 7.7%)
12
= RM 32.08
DIVIDEN TAHUNAN = (1ST DIVIDEN BULANAN + 2ND DIVIDEN BULANAN +...TAMBAH
HINGGA KE......12TH DIVIDEN BULANAN)
CONTOH DIVIDEN TAHUNAN = RM32.08 + RM37.15 + RM 38 + RM40 + RM43.88 +
RM 45.09 + RM47.11 + RM50.11 + RM52.70 +RM53.44
+ RM54.30 + RM55.24
= RM549.10
CARA PENGIRAAN BONUS
BONUS BULANAN= jumlah baki terendah bulanan x bonus
120
CONTOH BONUS = RM5000 X 0.01
120
= RM0.42 sen
BONUS AKAN DIKIRA DARI BULAN PERTAMA ANDA MENYIMPAN SEHINGGA BULAN TERKINI SIMPANAN.
Contoh sudah 10 tahun anda menyimpan. 10 tahun bermakna 120 bulan anda menyimpan..Jadi....
JUMLAH BONUS= 1ST BONUS BULANAN + 2ND BONUS BULANAN + .....TAMBAH
SEHINGGA + 120TH BONUS BULANAN
CONTOH BONUS= ANDA KIRALAH SENDIRI YE...bayangkan nk mengira dari bulan pertama hingga bulan ke-120...mesti pening kan?
Jadi itulah sahaja cara2 pengiraan asb..Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment