Salam sejahtera,
Setelah beberapa hari tidak menaip,barulah hari ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog ini..Topik kali ini adalah pelaburan emas..Sebelum saya memulakan cerita,saya mahu berkongsi dengan anda tentang petikan ini dari blog lain..
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Ini bermaksud sejak dari zaman Rasulullah S.A.W emas telah diguna pakai dalam perniagaan dan memang ada perkataan emas di dalam Al-quran..Ini bermakna, emas (dan perak) akan kekal sebagai mata wang asli sehingga ke hari kiamat. Duit kertas pun belum tentu menandingi kehebatan emas dan perak. Pelaburan emas semakin meningkat sejak akhir2 ini kerana orang ramai sudah sedar akan kekuatan emas sebagai aset simpanan dan pelaburan untuk masa akan datang. Ini kerana EMAS TIDAK AKAN TERGANGGU KETIKA ZAMAN INFLASI dan nilai nya akan kekal sehingga bila-bila..Terdapat banyak blog-blog lain yang akan menerangkan lebih lanjut tentang pelaburan emas. Blog saya ini hanyalah ingin menyedarkan orang-orang kita tentang kepentingan menyimpan emas kerana NEGERI CHINA SUDAH LAMA MENYIMPAN EMAS YANG SEMAKIN BERTAMBAH .,Mereka menyedari akan keperluan emas suatu hari nanti. Sebab itulah negeri china menjadi kuasa ekonomi yang baru mengatasi amerika dan eropah. Biarlah kita membayar zakat apabila cukup haul menyimpan emas kerana ia pasti membawa berkat. Yang pastinya, inilah mata wang sebenarnya yang sepatut diguna pakai kerana sudah termaktub didalam al-quran dan semestinya akan diberkati Allah s.w.t....
Sekian,
Semoga anda dirahmati
No comments:
Post a Comment