Friday, January 17, 2014

Dividen AHB

Dividen AHB (Amanah Hartanah Bumiputera) akan berlaku dua kali setahun. Pemberian akan diberikan sekali pada bulan Mac dan sekali lagi pada bulan Oktober. Apa yang bagus ialah dividen ini patuh syariah dan zakat pelabur akan dibayar oleh pihak pengurusan AHB. Dividen ini juga sebenarnya lebih menguntungkan dari ASB kerana nilai dividen nya lebih tinggi. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana perbezaannya terdapat pada zakat. Ok, saya jelaskan lebih lanjut. Kita amik contoh tahun 2013.

Pada tahun 2013, dividen AHB adalah 7.5%(3.25%pada Mac+3.25%pada Oktober+ Bonus 1%) manakala dividen ASB adalah 8.7%(7.7%+Bonus 1%). Walaubagaimanapun dividen AHB sudah dizakatkan (maknanya 7.5% adalah nilai selepas dizakatkan) manakala dividen ASB belum dizakatkan. Maknanya di sini dividen sebenar ASB setelah dizakatkan ialah 8.7% - 2.5%(nilai zakat pendapatan) = 6.2%. Jadi dividen AHB 7.5% dan dividen ASB 6.2% mana yang lebih tinggi?..anda tentu boleh menilaikannya. Mengapa dividen ASB tidak dizakatkan? ini kerana hukumnya tidak jelas atau dipanggil "khilaf" (sesetengah fatwa kata harus,setengah lagi kata haram)..untuk penjelasan lanjut anda boleh dapati di laman blog2 lain yang membincangkan perkara ini.

Untuk menjadi pelabur yang bijak, cuba banyakkan melabur di tempat2 yang lain supaya kita dapat mendapat banyak passive income di waktu2 yang berbeza.

SELAMAT MAJU JAYA

No comments: